Saturday, July 23, 2011

Stok Hari Raya Aidilfitri

salam, ini anak ayam daging yang baru dibeli menggantikan anak ayam yang mati akibat dibunuh kucing.
 ini gambar hadapan kiosk/kedai makan saya. di gap bawah bukit fraser, singgah la kalau balik kampung.






pemandangan dimeja makan.










ada kiosk jual burger kat sebelah kedai. kot lambat menunggu boleh makan burger dulu.hehehe









Salam sejahtera semua, dibulan yang mulia nanti kami akan buka kedai agak lewat sedikit. maklumlah bulan puasa.
  1. menu akan ditambah seperti ayam percik, terdapat juga ayam versi ayam kampung dibuat ayam percik. kot-kot balik kelantan nanti singgah la untuk berbuka.
  2. ayam yang matang dah habis semua, cepat jugak laku ayam ni. time ada rezeki la ni,alhamdulillah.
  3. sekarang ni tinggal anak ayam je, tapi hari raya nanti dah boleh la jual tu.
  4. sekarang ni buzy sikit sebab ada tokey kedai jual ayam minta wat inkubator, apa lagi sibuk la cari barang. mujur ada encik bedin dan encik zali yang membantu. diharap anda dapatlah beri sokongan kepada kami semua.
  5. mungkin lepas raya ni kami akan jual anak ayam sekitar bandar raub, disebabkan ada permintaan dari rakan-rakan disana.
  6. berbalik semula pada kiosk saya, menu yang agak hot disini(agaknyalah) nasi lemak ayam berempah. kot ada nak cuba datang la.
  7. dari kuala lumpur lebih kurang 120km je, kot dah panas kat k.l tu datang la sini. sejuk memanjang.

ini la hero kat sini, duk atas pokok je. takut kaki kotor kot. yang betina ntah mana merayapnya. nak ganti burung layang2 agaknya.









ini pure dari inkubator saya, yang latest ni. yang lain semua dah besar.








sekian sahaja untuk kali ini.tq

Tuesday, July 19, 2011

Hari Yang Malang(untuk anak ayam)

 Salam sejahtera untuk semua, ha ini gambar pemangsa yang terbaru.
habis anak ayam dibelasahnya. last2 kena lokap.








 ini je anak ayam yang tinggal daripada 150 ekor semuanya.








ini rupa dalam perangkap, guna anak ayam yang dah mati.

fuhh, bila dikenang kembali pada tanggal 14.07.11 saya ada membeli anak ayam daging sebanyak 100ekor.
dicampur pula dengan ank ayam kampung yang baru menetas dari inkubator saya dan ank-anak ayam
yang saya campur berumur 1minggu ada la berjumlah 150ekor habis dibunuh oleh pemangsa diatas.
anak ayam tu dah la mahal, dekat raya la kate ko.. bole tauke tu letak rm2.40 seekor.fuhh.
beli malam pagi sume x ada nyawa dah. sempat jamah air gula aje.
tu yang bli perangkap tikus ni, tapi yang bersaiz doubleXXL.
musang pun lepas masuk kot, rm60.00 harga dia.
apa lagi semua lubang yang terdapat direban ditampal menggunakan jaring.
ingatkan khinzir je yang nak makan ayam, rupenye kucing pun makan ayam idup.
lama dah kucing 2 ushar ayam, rupanya tunggu time je.
kna la bli ayam lagi untuk hari raya ni, buget untuk kedai makan saya dan ayah.
kami banyak gina ayam daging so kna la cri baka ayam daging, malamsok sampai la.
kluar lagi rm240, dah makin tinggi kos dia. apa nak wat,ni semua dugaan.
doakan untuksaya k.
pas ni nak realese tension cam gambar kat bawah ni, layan la ek...




 ni udang galah kat sungai dulang,perak.. kat bawah tu gambar member memancing.










udang dia yang paling besar,hehehe.sekian





Thursday, July 14, 2011

Mengatasi Masalah proses Penetasan

 pendapat saya terhadap masalah proses penetasan:

Tanda-tanda                                      Penyebab                                        Tindakan
semasa telur diteropong tiada          telur rosak disebabkan                     simpan telur yang dikumpulkan
bayang yang wujud.                         suhu terlalau sejuk atau panas.       ditempat yg sesuai(suhu bilik)


banyak embrio yang mati                suhu yang tidak konsisten atau       periksa suhu inkubator dan putar
                                                         pemutaran yang tidak betul.           telur lebih kerap.


embrio mati ketika hari ke6            suhu terlampau tinggi,embrio         periksa inkubator dan pastikan
hingga hari16                                  dijangkiti kuman.                            udara segar masuk.


anak ayam sudah terbentuk            kadar kelembapan yang tidak          mesin prlu direhatkan dan
tetapi mati                                       betul, udara tidak baik                    pastikan  mesin sentiasa bersih




  1. ok, itu pendapat saya.x taulah orang lain. kalau ada cadangan bole la email saya.
DISINI ADA PENGUMUMAN:
saya ada menjual ayam kampung kacuk, tetapi diternak secara organik. dijamin 100% tiada ubat-ubatan digunakan. kuantiti terhad, jika ada yang berminat bole la call atau masej saya sahaja.
pelanggan disekitar hulu selngor dan raub diutamakan.



sekian; terima kasih

Wednesday, July 13, 2011

Hari yang teramat indah (anak ayam menetas)

  1. ok, yang dalam bekas telur tu ada 22biji, 7 ekor dah menetas dan yang lain tu dah retak(menebuk pada dinding kulit). ada 5 biji je lagi belum menebuk.





  1. masalah ni, nak download gambar pun lambat. confirm mendung punya pasal..(agaknya lah)
  2. ok, pada pendapat saya kalau nak menetaskan telur dengan cara begini iyanya memerlukan komitmen atau disiplin yang baik.
  3. mana x nya minimum 3 kali sehari nak kena pusing telur, kalau anda jenis orang yang sibuk atau mempunyai kerja lain elok la beli inkubator automatik.. ha itu jawapannya.
  4. bila x pusing telur anak ayam bole cacat atau mati.. kan ke rugi atau x pun menyeksa anak ayam itu jikalau menetas..
  5. tpi itu semua cabaran kepada kita bila bergelar penternak,jdi rajin-rajin la ye.
  6. Candling atau meneropong telur adalah wajib bila kita hendak mencapai peratusan penetasan yang tinggi. mula-mula saya dulu mana ada candling, pakai isi je dalam inkubator. sampai telur dah mengeluarkan bau tembelang.
  7. apa lagi baca dalam blog yang ada baru tau caranya. alat candling pun saya wat sendiri berdasarkan cadangan dri bog yang saya baca. jimat sikit..
  8. telur pulak kena pilih yang elok,maksudnya tidak kotor,retak dan cacat.. kena pilih yang bujur sedikit dan tidak terlampau bulat..
  9. insyaallah, baru dapat penetasan yang tinggi,
  10. dan pada pendapat saya untuk mendapat telur yang mempunyai benih elok la dihad kan seekor ayam jantan kepada tiga ekor ayam betina. dengan nisbah 1:3..
  • sekian saja untuk hari ini, nak tenok gambar x dapat la. payah sangat nak download.tq
    

Sunday, July 10, 2011

My First Incubator

Salam perkenalan dari saya untuk pembaca.

Inkubator saya yang pertama,manual. barang dapat dari Encik Bedin dari Medan Usahawan.
Ikubator yang kedua. belum dicuba sepenuhnya.
kapasiti telur belum lagi dikira, maklumlah belum cuba lagi.

Bahagian dalam. kalau ada komen email la, saya ni bru belajar
bela ayam. bru setahun.








  1. Salam semua, ini post saya yang pertama. bukan reti sangat, ditambah lagi duduk dalam hutan, kuasa elektrik pun x ada. internet lak slow, pakai  edge aje ni.
  2. Ini pun adik yang ajar buat, kalau x camner la agaknya.
  3. Ok, sy ingat nak bela ayam secara kormersial. tapi kna la cari market dlu.itulah yang dipesan pegawai veterinar di raub,pahang. encik harith namanya, banyak jugak la info yg sy dapat dari beliau.
  4. Sekarang ni bela 150 ekor satu pusingan,itu pun payah nak laku. sbb orang x tau lagi kot. sbb utama itulah saya wat blog ini dan diharap dapat cari kawan,teman dan apa jua sekalipun asalkan tujuannya sama,,BELA AYAM. dan ape jua yang bekernaan dgan ayam.
 Ini tempat ayam bertelur, rupa macam hospital bersalin.
Ni ayam mencekik kuetiaw yang dah expired. x nampak yang betina kan?sebab ada costomer dah sapu semua. along dri ligamas empunya diri.
 Ni ayam berumur 1 bulan, banyak yang kena pijak dengan babi hutan.(maaf kalau terkasar bahasa) musuh utama kat sini babi tunggal itulah.



Sekian untuk kali ini.