Monday, August 29, 2011

Salam 1 Syawal (terkenang kembali)










Salam sejahtera di pagi Syawal ini...
  • Dengan entry tu pun mungkin anda dah tahu, sayu rasanya.(rasanyalah). tapi saya letak gambar post yang lepas sebab tak dapat masuk.
  • Kisahnya bagini, saya sebelum ni teramatlah minat memancing, apalagi disokong ayah yang bekerja disana sebagai guru(sek keb je) saya ikutlah dia selepas habis sekolah duduk disana.
  • ditambah pula beliau membeli bot besar untuk menangkap ikan, hari2 memancing ikan la kami berdua.
  • asal kereja dengan air je memang saya minat, tapi bab masuk hutan ni memang kurang la sikit. maklumlah kaki saya tak kuat berjalan.
  • tapi sekarang ni minat bela ayam la pulak, sebab nelayan ni susah kena ikut keadaan laut.
  • ayam tak ikut air laut,kan senang.
  • teringat pun disebabkan melihat berita di tv, ada kes pembunuhan di pulau tioman, terkejut la juga sebab orang tioman semuanya friendly.
  • di tanya la member2 yang masih ada duduk disana untuk mendapatkan berita terkini, taulah saya serba sedikit hal yang berlaku disana.
  • bukan saya ni bz-body, yela cuma nak tau. bukannya letak nama dia kat blog ni pun.
  • kenal la juga saya pada hamba allah ini, bukan lama kerja dengan diapun. ada la sekejap.pada saya beliau adalah seorang yang baik(masa tulah) tapi rambut sama hitam, hati lain2...
  • benda ni masih dalam siasatan so saya memang x salahkan sapa2 pun, x layakpun saya nak berbuat keputusan tu.  
  • moralnya jangan salahkan siapa pun, semoga hamba allah itu bersabar di pagi syawal ini.
  •  tak mustahil musibah akan menimpa kita, semoga saya sekeluarga dilindungi allah.
  • sekadar untuk renungan bersama, sekian....

Sunday, August 28, 2011

Inkubator Dan Ternakan(update)




Salam sejahtera semua, semoga sihat2 selalu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
  • Sebenarnya saya nak letak gambar ada la 7-8 keping, tapi yang dapat 4 sahaja.jadi layan je la ek.
  • Sebelum ni saya cuma letak gambar hadapan sahaja inkubator tu, kali ni letak yang bahagian dalam pula.
  • Inkubator peti ais?? ada lagi cuma nak rehatkan je sebab telur tak banyak.
  • ingat lepas ni nak bela induk banyak2 la pulak, sekarang ni cuma ada 7 ekor betina sahaja. cadangannya lepas raya ni nak jual anak ayam dan inkubator kat pasar diraub la pulak.
  • seperti yang anda lihat gambar2 diatas ayam pun dah makin besar, kedai makan dah makin slow sebab jalan ke bukit fraser dah dibuka 2 hala.
  • jadi sapa2 yang kenal atau nak beli inkubator boleh la cari saya di pasar2 basah sekitar raub ek.kita jumpa disana...
  • ha, kalau anda perasan gambar diatas ada la itik serati tu, masa mula2 beli dulu bukan main ringan lagi. tapi sekarang ni berat sungguh, cepat betul itik tu membesar.
  • tokey yang jual tu cakap itik ni tak berbau busuk seperti itik kampung, saya pun kurang arif mengenai itik serati ni. oleh demikian saya pun beli la 2ekor untuk percubaan.
  • sekian sahaja untuk kali ini....

Friday, August 26, 2011

Jualan Inkubator Hari Raya




Salam semua, disamping menunggu hari untuk menyambut syawal sempat la juga buatkan inkubator.
Encik Sirah dan Puan Khadijah dari bukit tagar yang order, sampai empat sekali dia beli.
  • Ok, ingat nak letak no pengenalan la kt inkubator, sebab ada tiga jenis meterial yang digunakan dan ada pelbagai saiz pulak tu.
  • saya bela la ayam daging/pasar kat sini, ingat bela cam ayam kacuk senang je. tapi masalah yang menimpa, tapi x pe kita belajar dari kegagalan. moral dia kalau nak bela ayam daging wajib nak ada ubat dan segala vaksin untuk ayam tu.
  • pas ni nak cuba bela lagi la, lepas selesai urusan untuk mendapatkan vaksin.
  • berbalik pada cerita inkubator td, saya memang jenis pelupa la. dah banyak kali jual inkubator nak ambil gambar dengan custumer lupa lagi. camera bawa ada dekat pinggang lupa juga nak ambil.
  • dapat ambil gambar yang baru siap kat rumah je sebelum hantar pada pelanggan,tu je la yang den dapek tolong.
  • sekian

Saturday, August 13, 2011

HELP!!!!! (TAK KENAL AYAM JENIS APE)






  • Salam semua, bantu saya kenal baka ayam diatas ni.
  • Sayamemang buta betul bab ayam sabung/laga ni. ni pakai beli aje nak wat baka.
  • jika anda mahir tentang ayam ni komen la.
  • Sekian.tq

Wednesday, August 10, 2011

Pelbagai Ternakan





  • Salam sejahtera semua, nak update blog ni pun makan masa semingu. coverage kurang baik. Ada la anak kampung kacuk 100ekor, anak kampung ori 10ekor, itik serati 2ekor dan ayam selasih 10ekor.
  • Saja-saja beli nak pelbagaikan haiwan ternakan, tapi ayam daging ni payah betul nak bela. terutama suhu dan ubatan dia.
  • Besar memang cepat besar, 3 minggu dah 700gram. kalau la ayam kampung ori secepat tu. maunya x untung, untung besar beb.
  • Pelbagai cara digunakan untuk memanaskan ayam ni, nak guna lampu x ada elektrik kena la guna gas sahaja. guna generator x tahan rosak dengan petrol dia lak.
  • Yang senang bela puyuh je10ekor, x payah bagi lampu pun. beli pas tu letak kat reban. tp saya memang x ada pengalaman langsung bela puyuh ni. pakai belasah je...
  • Ada la juga saya bela ayam belanda 2ekor, hahaha wat malu dengan apek tu je. selalu beli ayam banyak, ni alih2 beli 2 ekor je.mahal siot, sekor 10hengget. kalau 100ekor mau tak seribu,fuhh....
  • Itik serati wat bagi anak main2 je, bagi anak2 tengok itik tu berenang. kacik lagi dah pandai berenang, cam anak mat saleh.
  • Inkubator lak baru berjalan dengan baik, banyak telur yang kena buang lepas kena suluh, pasal pe? Pandai sangat sebab simpan telur lama sangat.
  • Ayam betina yang dah bertelur ada la5 ekor, ada la 5biji sehari. kalu kacau dia mmg x bertelur la hari 2.
  • Insyaallah, 16hb ni menetas la tu.
  • Sekian sahaja untuk kali ini..

Tuesday, August 2, 2011

Jual Inkubator La Pulak




 
  • Salam semua, ni lepas berbuka rajin lak nak menulis, ada berita terbaru ni ada orang suruh buatkan inkubatur.
  • Dengan senang hati saya buatkan, boleh la tambah duit belanja raya. En Ahmad namanya, x silap saya beliau dari setapak kuala lumpur.
  • Sekali order dua biji lak tu, tapi gambar nampak satu je.kapasiti telur 150 biji.
  • Tapi ada satu soalan yang beliau tanya pada saya, boleh ke TELUR AYAM KAMPUNG KAT SUPERMARKET tu menetas? ada cadangan sila komen di CBOX disebelah.
  • saya cakap x boleh, tapi x tau la. buatnya telur tu telur segar dari ladang dan mempunyai benih dah nanti orang kata saya menipu lak.
  • komen dari anda semua amatlah saya hargai.
  • sekian