Friday, December 9, 2011

Pemangsa Direban








salam semua, tengah ada masa menunggu orang beli ayam ni sempat la nak update sikit.
cerita tak ada dan itulah sebabnya tak update.
ok, berbalik pada tajuk diatas ini adalah pemangsa terbaru ayam saya. ingatkan kucing dan babi hutan aje, tapi musang pun ada juga.
 didalam sibuk memasang perangkap untuk kucing liar musang yang dapat.
bagus juga wat perhabiskan anak ayam yang mati, bila tak ada ayam mati dah susah nak cari makanan untuk musang ni.
fikir punya fikir elok lepaskan aje la, tapi lepaskan jauh-jauh la. nanti dia pandai balik reban pula.
saya lepaskan di empangan tadahan air di kuala kubu bharu. hahaha, ada la dalam 30km dari reban saya.
jadi layanlah gambar diatas..
sekian..

Friday, November 18, 2011

Update

Salam semua,
  agak sibuk sedikit sekarang ni sampai tak sempat nak update.
  ok, buat semua orang sekitar Raub dan Benta meh la datang tengok anak-anak ayam
  yang saya jual setiap hari selasa dan hari jumaat setiap minggu..
  kalu ada orang jauh nak datang pun x apa.


  kawasan perniagaan saya sekitar hospital raub, atau tapak pekan sari.
 ni kira taraf penjaja kecil-kecilan la ni.hehe
 sekian..

Saturday, November 5, 2011

Hobi Saya






Salam semua,
          Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada umat islam semua.
  • ada la gambar sikit buat tatapan anda semua, kitaorang pergi memancing di perairan pulau tinggi dan pulau besar.
  • tak dapat banyak sangat sebab big boss dan seorang kelasi kami mabuk laut pada waktu malam, ditambah lagi penat masa nak pergi sana.bayangkanlah kami semua dari bukit fraser.
  • kesimpulannya, hahaha balik awal la hari tu.
  • nampak banyak kan? sebabnya kapten bot telah menarik bubu atau sangkar ikan orang kampung yang telah tersangkut pada sauh bot. lalu beliau sedekah pada kami sedikit.
  • jadi ada la kami dapat bawa pulang ikan sedikit,
  • antara jenis ikan yang ada ialah ikan kaci,cermin,kerapu dan ikan-ikan kecil.
  • tapi yang paling istimewa ada satu fenomena tang jarang dapat anda lihat iaitu puting beliung. ianya tidaklah besar tapi bahaya juga lah.
  • diharap anda dapatlah menikmati gambar diatas. sekian..

Friday, October 21, 2011

Lampu Pemanas Anak Ayam(jualan)

salam semua,
  siapa nak lampu boleh order, lampu ni dijual di Endau Rompin. harga RM270.00, menggunakan tong gas memasak. tawaran sampai hari rabu ni, saya boleh tolong beli sebab nak pergi memancing laut dalam sekali. agak murah berbanding lampu pemanas ayam yang lain. x perlu deposit, msg saya je. 0133724209-fariz
  sekian

Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah

Salam semua,
 agak lama saya menyepi disebabkan anak sakit, sekarang sihat dah. bersyukur banyak-banyak.
 bila agak sibuk ni lupa bermacam perkara, sebelum terlupa saya ucapkan terima kasih pada pembeli inkubator,
  • En Zul dari pertanian Batang Kali
  • En sam
  • En ?(lupa nak tanya nama) adik kepada En Helmi( tokey ayam)
okey, hari rabu hari tu ada beli anak puyuh dengan ayam mutiara daripada shafie(sg besar) dan ada la gamber sikit. jadi silakan cuci mata ya. di sertakan sekali gambar budak yang sakit perut tu. makan banyak sangat kot, hehehe






sekian untuk kali ini..

Sunday, October 9, 2011

Doakankan Untuk Saya Sekeluarga

Salam sejahtera semua,
 disaat ini ku menunggu dihospital raub, anak sulungku sakit dan ditahan di wad.
ntah apa sakit entah la, doktor cakap salah makan, tapi makanan kami semua sama je.
tapi mengapa hanya anak sulungku sahaja yang kena?
muntah tak berhenti-henti, naik lunyai badan dia.
dugaan semua ini, pada pendapatku ini adalah peringatan pada kita agar tidak lupa
pada yang maha esa.
doakan keselamatan anak sulungku,
sekian...

Thursday, September 15, 2011

Berkongsi Ilmu


Assalamualikum dan selamt sejahtera,
  • hari ini saya nak cerita tentang vaksin ND+INFECTIOUS. senang cerita sampar la ni. ini penggunaan kali pertama saya disebabkan saya memelihara ayam daging/ayam putih.
  • ayam ni tersangat la sensitif dan mudah jadi sakit, walaupun saya menitik beratkan kebersihan di dalam reban.
  • sebelum ini saya cuma bela ayam kampung kacuk sahaja dan tidak menggunakan vaksin nd ini, alhamdulillah kematian ayam dibawah 4%.
  • cara penggunaan vaksin ini dibahcuh dengan air tanpa klorin beserta susu tepung sedikit dan ais.
  • digalakkan memberi ayam minum diawal pagi ataupun lewat petang disebabkan cuaca panas. pemvaksinan diwaktu panas tidak akan jadi.
  • vaksin disimpan didalam peti ais didalam julat suhu 2hingga 8 celcius sahaja,jadi jangan simpan ditempat sejuk beku.
  • semua ini saya dapat dari dalam buku dan saya masih mempelajarinya, saya belajar dari kegagalan. tak taulah orang lain.
  • kalau ada komen sila tinggalkan di cbox sebelah, pendapat anda amatlah dihargai.
  • sekian..

Wednesday, September 14, 2011

Impian dan Kenangan



assalamualaikum,
  • impian saya nak ada sebuah kenderaan seperti diatas, selalu jumpa trailer je. tak sangka bas pun boleh dibuat begitu.
  • kalau ada rezeki lebih nanti nak cari juga la bas tu, tak payah sewa hotel.hahaha
  • ni gambar anak yang no 2, penat bermain agaknya sampai duduk pun boleh tetidur.
  • dasyat sungguh,hehe
  • sekian

Monday, August 29, 2011

Salam 1 Syawal (terkenang kembali)










Salam sejahtera di pagi Syawal ini...
  • Dengan entry tu pun mungkin anda dah tahu, sayu rasanya.(rasanyalah). tapi saya letak gambar post yang lepas sebab tak dapat masuk.
  • Kisahnya bagini, saya sebelum ni teramatlah minat memancing, apalagi disokong ayah yang bekerja disana sebagai guru(sek keb je) saya ikutlah dia selepas habis sekolah duduk disana.
  • ditambah pula beliau membeli bot besar untuk menangkap ikan, hari2 memancing ikan la kami berdua.
  • asal kereja dengan air je memang saya minat, tapi bab masuk hutan ni memang kurang la sikit. maklumlah kaki saya tak kuat berjalan.
  • tapi sekarang ni minat bela ayam la pulak, sebab nelayan ni susah kena ikut keadaan laut.
  • ayam tak ikut air laut,kan senang.
  • teringat pun disebabkan melihat berita di tv, ada kes pembunuhan di pulau tioman, terkejut la juga sebab orang tioman semuanya friendly.
  • di tanya la member2 yang masih ada duduk disana untuk mendapatkan berita terkini, taulah saya serba sedikit hal yang berlaku disana.
  • bukan saya ni bz-body, yela cuma nak tau. bukannya letak nama dia kat blog ni pun.
  • kenal la juga saya pada hamba allah ini, bukan lama kerja dengan diapun. ada la sekejap.pada saya beliau adalah seorang yang baik(masa tulah) tapi rambut sama hitam, hati lain2...
  • benda ni masih dalam siasatan so saya memang x salahkan sapa2 pun, x layakpun saya nak berbuat keputusan tu.  
  • moralnya jangan salahkan siapa pun, semoga hamba allah itu bersabar di pagi syawal ini.
  •  tak mustahil musibah akan menimpa kita, semoga saya sekeluarga dilindungi allah.
  • sekadar untuk renungan bersama, sekian....

Sunday, August 28, 2011

Inkubator Dan Ternakan(update)




Salam sejahtera semua, semoga sihat2 selalu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
  • Sebenarnya saya nak letak gambar ada la 7-8 keping, tapi yang dapat 4 sahaja.jadi layan je la ek.
  • Sebelum ni saya cuma letak gambar hadapan sahaja inkubator tu, kali ni letak yang bahagian dalam pula.
  • Inkubator peti ais?? ada lagi cuma nak rehatkan je sebab telur tak banyak.
  • ingat lepas ni nak bela induk banyak2 la pulak, sekarang ni cuma ada 7 ekor betina sahaja. cadangannya lepas raya ni nak jual anak ayam dan inkubator kat pasar diraub la pulak.
  • seperti yang anda lihat gambar2 diatas ayam pun dah makin besar, kedai makan dah makin slow sebab jalan ke bukit fraser dah dibuka 2 hala.
  • jadi sapa2 yang kenal atau nak beli inkubator boleh la cari saya di pasar2 basah sekitar raub ek.kita jumpa disana...
  • ha, kalau anda perasan gambar diatas ada la itik serati tu, masa mula2 beli dulu bukan main ringan lagi. tapi sekarang ni berat sungguh, cepat betul itik tu membesar.
  • tokey yang jual tu cakap itik ni tak berbau busuk seperti itik kampung, saya pun kurang arif mengenai itik serati ni. oleh demikian saya pun beli la 2ekor untuk percubaan.
  • sekian sahaja untuk kali ini....

Friday, August 26, 2011

Jualan Inkubator Hari Raya




Salam semua, disamping menunggu hari untuk menyambut syawal sempat la juga buatkan inkubator.
Encik Sirah dan Puan Khadijah dari bukit tagar yang order, sampai empat sekali dia beli.
  • Ok, ingat nak letak no pengenalan la kt inkubator, sebab ada tiga jenis meterial yang digunakan dan ada pelbagai saiz pulak tu.
  • saya bela la ayam daging/pasar kat sini, ingat bela cam ayam kacuk senang je. tapi masalah yang menimpa, tapi x pe kita belajar dari kegagalan. moral dia kalau nak bela ayam daging wajib nak ada ubat dan segala vaksin untuk ayam tu.
  • pas ni nak cuba bela lagi la, lepas selesai urusan untuk mendapatkan vaksin.
  • berbalik pada cerita inkubator td, saya memang jenis pelupa la. dah banyak kali jual inkubator nak ambil gambar dengan custumer lupa lagi. camera bawa ada dekat pinggang lupa juga nak ambil.
  • dapat ambil gambar yang baru siap kat rumah je sebelum hantar pada pelanggan,tu je la yang den dapek tolong.
  • sekian

Saturday, August 13, 2011

HELP!!!!! (TAK KENAL AYAM JENIS APE)






  • Salam semua, bantu saya kenal baka ayam diatas ni.
  • Sayamemang buta betul bab ayam sabung/laga ni. ni pakai beli aje nak wat baka.
  • jika anda mahir tentang ayam ni komen la.
  • Sekian.tq

Wednesday, August 10, 2011

Pelbagai Ternakan





  • Salam sejahtera semua, nak update blog ni pun makan masa semingu. coverage kurang baik. Ada la anak kampung kacuk 100ekor, anak kampung ori 10ekor, itik serati 2ekor dan ayam selasih 10ekor.
  • Saja-saja beli nak pelbagaikan haiwan ternakan, tapi ayam daging ni payah betul nak bela. terutama suhu dan ubatan dia.
  • Besar memang cepat besar, 3 minggu dah 700gram. kalau la ayam kampung ori secepat tu. maunya x untung, untung besar beb.
  • Pelbagai cara digunakan untuk memanaskan ayam ni, nak guna lampu x ada elektrik kena la guna gas sahaja. guna generator x tahan rosak dengan petrol dia lak.
  • Yang senang bela puyuh je10ekor, x payah bagi lampu pun. beli pas tu letak kat reban. tp saya memang x ada pengalaman langsung bela puyuh ni. pakai belasah je...
  • Ada la juga saya bela ayam belanda 2ekor, hahaha wat malu dengan apek tu je. selalu beli ayam banyak, ni alih2 beli 2 ekor je.mahal siot, sekor 10hengget. kalau 100ekor mau tak seribu,fuhh....
  • Itik serati wat bagi anak main2 je, bagi anak2 tengok itik tu berenang. kacik lagi dah pandai berenang, cam anak mat saleh.
  • Inkubator lak baru berjalan dengan baik, banyak telur yang kena buang lepas kena suluh, pasal pe? Pandai sangat sebab simpan telur lama sangat.
  • Ayam betina yang dah bertelur ada la5 ekor, ada la 5biji sehari. kalu kacau dia mmg x bertelur la hari 2.
  • Insyaallah, 16hb ni menetas la tu.
  • Sekian sahaja untuk kali ini..

Tuesday, August 2, 2011

Jual Inkubator La Pulak




 
  • Salam semua, ni lepas berbuka rajin lak nak menulis, ada berita terbaru ni ada orang suruh buatkan inkubatur.
  • Dengan senang hati saya buatkan, boleh la tambah duit belanja raya. En Ahmad namanya, x silap saya beliau dari setapak kuala lumpur.
  • Sekali order dua biji lak tu, tapi gambar nampak satu je.kapasiti telur 150 biji.
  • Tapi ada satu soalan yang beliau tanya pada saya, boleh ke TELUR AYAM KAMPUNG KAT SUPERMARKET tu menetas? ada cadangan sila komen di CBOX disebelah.
  • saya cakap x boleh, tapi x tau la. buatnya telur tu telur segar dari ladang dan mempunyai benih dah nanti orang kata saya menipu lak.
  • komen dari anda semua amatlah saya hargai.
  • sekian

Saturday, July 23, 2011

Stok Hari Raya Aidilfitri

salam, ini anak ayam daging yang baru dibeli menggantikan anak ayam yang mati akibat dibunuh kucing.
 ini gambar hadapan kiosk/kedai makan saya. di gap bawah bukit fraser, singgah la kalau balik kampung.






pemandangan dimeja makan.










ada kiosk jual burger kat sebelah kedai. kot lambat menunggu boleh makan burger dulu.hehehe









Salam sejahtera semua, dibulan yang mulia nanti kami akan buka kedai agak lewat sedikit. maklumlah bulan puasa.
  1. menu akan ditambah seperti ayam percik, terdapat juga ayam versi ayam kampung dibuat ayam percik. kot-kot balik kelantan nanti singgah la untuk berbuka.
  2. ayam yang matang dah habis semua, cepat jugak laku ayam ni. time ada rezeki la ni,alhamdulillah.
  3. sekarang ni tinggal anak ayam je, tapi hari raya nanti dah boleh la jual tu.
  4. sekarang ni buzy sikit sebab ada tokey kedai jual ayam minta wat inkubator, apa lagi sibuk la cari barang. mujur ada encik bedin dan encik zali yang membantu. diharap anda dapatlah beri sokongan kepada kami semua.
  5. mungkin lepas raya ni kami akan jual anak ayam sekitar bandar raub, disebabkan ada permintaan dari rakan-rakan disana.
  6. berbalik semula pada kiosk saya, menu yang agak hot disini(agaknyalah) nasi lemak ayam berempah. kot ada nak cuba datang la.
  7. dari kuala lumpur lebih kurang 120km je, kot dah panas kat k.l tu datang la sini. sejuk memanjang.

ini la hero kat sini, duk atas pokok je. takut kaki kotor kot. yang betina ntah mana merayapnya. nak ganti burung layang2 agaknya.









ini pure dari inkubator saya, yang latest ni. yang lain semua dah besar.








sekian sahaja untuk kali ini.tq