Friday, October 21, 2011

Lampu Pemanas Anak Ayam(jualan)

salam semua,
  siapa nak lampu boleh order, lampu ni dijual di Endau Rompin. harga RM270.00, menggunakan tong gas memasak. tawaran sampai hari rabu ni, saya boleh tolong beli sebab nak pergi memancing laut dalam sekali. agak murah berbanding lampu pemanas ayam yang lain. x perlu deposit, msg saya je. 0133724209-fariz
  sekian

Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah

Salam semua,
 agak lama saya menyepi disebabkan anak sakit, sekarang sihat dah. bersyukur banyak-banyak.
 bila agak sibuk ni lupa bermacam perkara, sebelum terlupa saya ucapkan terima kasih pada pembeli inkubator,
  • En Zul dari pertanian Batang Kali
  • En sam
  • En ?(lupa nak tanya nama) adik kepada En Helmi( tokey ayam)
okey, hari rabu hari tu ada beli anak puyuh dengan ayam mutiara daripada shafie(sg besar) dan ada la gamber sikit. jadi silakan cuci mata ya. di sertakan sekali gambar budak yang sakit perut tu. makan banyak sangat kot, hehehe






sekian untuk kali ini..

Sunday, October 9, 2011

Doakankan Untuk Saya Sekeluarga

Salam sejahtera semua,
 disaat ini ku menunggu dihospital raub, anak sulungku sakit dan ditahan di wad.
ntah apa sakit entah la, doktor cakap salah makan, tapi makanan kami semua sama je.
tapi mengapa hanya anak sulungku sahaja yang kena?
muntah tak berhenti-henti, naik lunyai badan dia.
dugaan semua ini, pada pendapatku ini adalah peringatan pada kita agar tidak lupa
pada yang maha esa.
doakan keselamatan anak sulungku,
sekian...